Bismillahirrahmanirrahim.
hari itu terasa penuh untuk Ibtisam. Dari tadi dia tergesa-gesa. Usai sahaja
fardhu ‘Asr, dia bergegas ke madrasah, madrasah tercinta. Menjemput adiknya
pulang. Sebaik selamat menghantar adiknya itu ke rumah, bergegas pula ke tadika,
risaukan adik kecilnya yang pasti sudah setengah jam menunggu. Walaupun tadika
itu sekangkang kera cuma, masa perjalanan menjadi lama, dek kesesakan trafik di
waktu-waktu puncak.
Menjejak
sahaja kaki adik bongsunya ke kediaman mereka, dia perlu menghantar pula
adiknya yang tadi ke pusat tusyen. Ya, dekat juga, tetapi terasa jauh oleh
kesesakan jua.
Alhamdulillah, selesai.
Di rumah, baru sempat
menyusun-nyusun pinggan mangkuk, buat itu ini, baru hendak bersedia untuk buka
puasa kurang setengah jam saja lagi. Sementelahan itu, bonda sudah memberi isyarat,
lihat pada jam dinding.
Ya, jam 7. Oh, ambil adikku
pulang dari tusyen.
Ibtisam masuk ke bilik. Malasnya ingin menyarung
jubaaaah. Rasanya, hari ini, penat menyalin baju sahaja. Ya, tak kurang tujuh
kali rasanya, tukar, tukar dan tukar lagi. Lantas, refleks dia menggapai sahaja
jaket hitam besar serta diletak sahaja tudung-buat-pergi-jamban itu di atas
kepala.
Alah,
sekejap sahaja. Pusat tusyen itu ada dalam 200 meter sahaja displacement dari rumahku.
Baru
hendak masuk jalan utama, mobil yang dipandunya sudah seakan tidak bias bergerak.
Ya, kesesakan lalu lintas. Aduh, hatinya begitu yakin sekali mengambil adiknya
di pusat tusyen yang terlampau dekat itu tak akan mengambil masa yang lama. Ya,
tak akan. Tapi, keadaan nyata menafikan.
Ibtisam diam. Matanya memandang
ke bawah. Ya, dia cuma berkain batik. Boleh tahan ekstrim. Ah, pedulikan. Bukan ada orang nampak pun.
Sesampai sahaja di pusat
tusyen, ya mentari sore sudah mula bertukar warna. Semakin gelap. Ibtisam cuma berusaha
seadanya pulang ke rumah dengan selamat, dan moga-moganya, tidak terlewat
berbuka.
Semalap langit waktu itu,
rupanya apa yang ada di hadapannya juga tidak pernah disangka. Dia tercalarkan
kereta orang lain sewaktu membuat pusingan U dalam perjalanan ke rumah. Terdiam
sebentar. Tuan kereta mangsa sudah meng-hon. Dia diam. Bagaimana ingin diselesaikan
perkara ini. Di tengah-tengah lampu isyarat begini. Terasa hilang punca
sebentar.
Dia diam lagi. Benar-benar
buntu.
Dia memandang ke langit.
“Tuhan, aku tidak
minta satu apa pun, izinkan aku menjadi muslim yang bertanggungjawab atas apa
yang telah aku lakukan”
Hatinya berbisik, penuh mengharap. Benar-benar bergantung.
Pada Dia cuma.
Diteruskan panduan. Melepasi lampu isyarat yang entah
berapa itu. Ya, mobil tadi masih di belakang. Masuk sahaja ke lebuhraya, dia memberi
isyarat ke kiri. Alhamdulillah, Allah izinkan dia berurusan dengan mereka.
Mobilnya berhenti. Tetapi dia terdiam sebentar. Pandang ke
bawah lagi. Erk. Emm.
Cuma itulah sebab yang membuatkan dia tidak berganjak dari dalam kereta.
Dia turut memandang pada tempat di mana dia biasa
letakkan telefon bimbit dan pursenya. Kosong. Ini pertama kali dia tak bawah
dua asset itu. Telefonnya sedang dicas. Pursenya, ya tertinggal. Sekangkang keralah
katakan.
“Assalamualaikum akak, saya minta maaf, saya yang salah, saya akan bayar tapi
kemudian. Akak bagi no hp dan no akaun boleh?”
Wanita yang tadi sedikit high-pitch suaranya berubah
tenang. Ibtisam sedar memang salahnya sepenuhnya atas dia. Dia si budak mentah,
noob, beginner, setahun jagung, cuai, gopoh, clumsy. Ya, semuanya, dia mengaku
siap-siap.
Usai mendapatkan perincian yang diperlukan, dan
lain-lain, dia beransur meneruskan perjalanan sekangkang keranya ke rumah.
Di rumah, hurmm, dapatlah semangkuk dua brainwash daripada big boss. *Alhamdulillah :]
Ya, moga Ibtisam jadi lebih baik. Tinggi harapan dalam
hatinya.
Seketika dia terdiam. Setiap kali melaksanakan
rutin-rutin seorang supir ni, dia tak pernah tinggal pursenya. Tak pernah
sekali pun dia pakai kain batik seperti hari ini. Dulu pernah sekali, baru nak
keluar, bonda yang menahan ‘kalau apa-apa jadi, macamana?’. Lantas dia bertukar
kembali kepada pakaian yang sesuai untuk tontonan umum.
Cuma
sekali ini sahaja. Sekali iniiii sahaja. Keranan Ibtisam sudah terlambat, dan
pusat tusyen itu, ahh terlampau dekat!
Ya,
dan Ibtisam sendiri tak pernah menyangka, sekali yang inilah Ar-Rahman ingin mengujinya
dengan perkara kecil ini.
Sekejap
Ibtisam terbayang tentang kehidupan ini. Ya, selalu benda yang tak
disangka-sanga terjadi pada masa yang tak disangka-sangka. Kita selalu buat
baik. Ya, sentiasa. Dan sentiasa juga berusaha jadi lebih baik. Tapi sekali
sahaja kita ingin berbuat jahat. Sekaliiii sahaja.
Dan, waktu sekali itulah Allah
tarik nyawa kita? Walaupun selama ini tiap-tiap hari beramal baik. Tanpa disangka
waktu sekali inilah, ajal diambil Tuhan. Nauzubillah. Ibtisam mohon dijauhkan
sejauh-jauhnya. Sebab itulah, tak boleh cuba-cuba nak buat jahat.
Yang
pasti dalam hati ibtisam, dia mahu minimakan semampu dia, keluhan dan rungutan
atas apa yang Allah hadiahkan ini. Dia mahu pandang sebanyak mungkin sebab
untuk dia tambah lagi syukur dan terima kasihnya pada Sang Pemberi.
Alhamdulillah
pemandu itu perempuan, mudah sedikit urusannya.
Alhamdulillah
pemandu itu tak marah, atau tengking, atau herdik dirinya.
Alhamdulillah
ia berlaku bukan pada kereta mewah.
Alhamdulillah
kejadian berlaku sekangkang kera daripada rumahnya.
Alhamdulillah
masih bukan eksiden parah, membabitkan nyawa etc etc.
Alhamdulillah
tanpa telefon bimbit dan purse serta berkain batik,
Tuhan masih
izinkan dia survive!
Tak terhitung sebab untuk dia bersyukur. Alhamdulillah.
Yah, urusan Ibtisam masih belum selesai.
Moga baki-baki urusannya dimudahkan Allah, ameen!